08 Mei 2010

TABIKA KEMAS KAMPUNG TENGAH BETONG ADAKAN AKTIVITI GOTONG ROYONG

TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong

Betong 08 Mei 2010, TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong sekali lagi berkesempatan untuk menjalankan aktiviti gotong royong. Aktiviti yang telah dirancang adalah sebahagian aktiviti dalam takwim TABIKA berkenaan.


Gotong royong kali ini adalah merupakan sesi yang pertama daripada 3 (tiga) sesi gotong royong dalam takwim aktiviti TABIKA tersebut.

Seramai 50 orang ibubapa pelajar turut terlibat dalam aktiviti yang dilangsungkan di TABIKA itu. Selain untuk membersihkan kawasan TABIKA ianya juga merupakan salah satu daripada sesi perkenalan diantara ibubapa-ibubapa pelajar di TABIKA tersebut bagi merapatkan silaturrahim sesama mereka.

Berbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan. Percambahan buah fikiran antara para ibubapa dan guru di TABIKA berkenaan telah membuahkan hasil yang diharapkan demi kepentingan pembelajaran dan kesihatan anak-anak yang belajar disitu.

Susun atur dalam kelas juga turut diubahsuai demi keselesaan pelajar dan guru di situ termasuk kebersihan di dalam dan di luar kelas amat diberi perhatian oleh para ibubapa.


para ibubapa sedang bergotong royong

TABIKA Kampug tengah Betong yang setakat ini sepanjang tahun 2010, banyak aktiviti peringkat TABIKA telah disertai antaranya Hari Potensi Kanak-kanak TABIKA Kemas peringkat Parlimen P.204 yang telah diadakan di Spaoh dimana kesemua acara yang disertai mereka telah menjuarai setiap aktiviti tersebut termasuklah Tilawah Qari dan Qariah dan Tarian Tradisional.


Seterusnya mereka telah mewakili Parlimen P.204 ke pertandingan di peringkat Zon 3 di Kabong. Mereka juga telah menjadi johan dalam Tilawah Qari dan Qariah dan akan menjadi wakil Zon 3 ke pertandingan peringkat negeri di Kuching. Tarian Tradisional mereka hanya menduduki tempat kedua.

mereka yang bertuah mendapat hamper....

Majlis turut diserikan dengan cabutan tiket bertuah yang turut diselit dalam aktiviti berkenaan. Hasil daripada usaha pengerusi aktiviti berkenaan sebanyak 6 buah hamper telah berjaya diperolehi sebagai habuan kepada para ibubapa yang hadir dalam gotong royong tersebut. Usaha ini bukan sahaja sebagai menarik minat ibubapa hadir dalam aktiviti berkenaan tetapi lebih kepada kreativiti pengerusi aktiviti untuk menyumbangkan sesuatu kepada para ibubapa dan penghargaan untuk jasa mereka yang sama-sama hadir dalam aktiviti TABIKA tersebut.


Tahniah….!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan