01 Mei 2010

PENGARAH BPSH, KPM ADAKAN LAWATAN PENANDAARASAN KE SMK DATUK PATINGGI KEDIT BETONG

Terimalah...Kalungan Seni Kraftangan



Betong,(30 April 2010) Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia beserta rombongan telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit Betong. Lawatan berkenaan adalah Program Penandaarasan Pegawai-pegawai KPM dan JPNS sempena penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) kali ke 2 dalam tahun 2010 ini.

Rombongan seramai 6 orang yang terdiri daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah harian, Encik Razali bin Haji Idris dan Encik Haris bin Yahya Pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia,  Encik Phang Chun Yow dan Cik Florina Abitt, Penolong Pengarah, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Cik Hjh Aiwan @ Noraini bt Hj Alli, Ketua Unit, Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Betong telah disambut dengan tarian menyambut tetamu (ngajat) oleh pelajar-pelajar SMK Datuk Patinggi Kedit Betong

Sambutan yang ringkas tetapi penuh bermakna diserikan dengan kalungan hasil seni kraftangan untuk Yang Berbahagia Dato’, pegawai-pegawai dan rombongan serta iringan alat muzik dan tarian tradisional iban oleh pelajar-pelajar menggambarkan adat yang sentiasa dipelihara oleh pihak pengurusan sekolah Dr Lambat anak Lindong, Pengetua sekolah berkenaan dalam merealisasikan gagasan satu Malaysia.

Dato' Pengarah menandatangani  buku pelawat

Dalam lawatan berkenaan, rombongan berkesempatan memantau program orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah dihantar bertugas ke sekolah berkenaan bermula pada hari tersebut. Rombongan juga sempat melihat kawasan sekolah berkenaan termasuk kawasan asrama puteri

Penekanan kepada masalah disiplin juga diberi tumpuan oleh  Pengarah Dato’ Zulkifly dimana beliau juga berkesempatan melihat pengurusan e-disiplin yang dikendalikan oleh Encik Sigat anak Sang selaku guru disiplin sekolah berkenaan.
Sekolah berkenaan merupakan salah sebuah sekolah perintis yang mengendalikan program e-disiplin.
Kesempatan bersemuka, bertanya pendapat dan teguran daripada Pengarah tidak mudah untuk perolehi. Dengan kesempatan yang ada Sigat tidak melepaskan peluang untuk berkongsi maklumat dan menyuarakan masalah yang timbul dalam sistem yang dikendalikan oleh beliau.



Sempat memantau asrama..


Memetik ungkapan Dato’ Zulkifly, “Disiplin adalah punca kecemerlangan akademik, jika disiplin pelajar itu baik maka keputusan akademik pelajar akan turut melonjak”.

Perjumpaan dan penjelasan ringkas bersama pengarah BPSH KPM dan pegawai di kementerian Pelajaran  penuh bermakna bagi pihak pengurusan SMK Datuk Patinggi Kedit Betong dan berharap pertemuan dan lawatan seumpana ini sentiasa wujud di masa-masa akan datang.


Dr Lambat menerangkan sesuatu

Sebelum beredar rombongan telah disajikan dengan sajian makan tengahari. Dimana sajian makanan diurus sendiri oleh guru Sains Rumah Tangga bersama pelajar dan layanan yang dikendalikan oleh pelajar yang mengambil jurusan Katering dimana matapelajaran berkenaan baru di perkenalkan disekolah tersebut.

Sesi lawatan berakhir dengan rombongan beredar ke Pejabat Pelajaran Daerah Betong.



Menjamu selera sebelum beredar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan