13 Mei 2010

PUSAT JAHITAN KEMAS KAMPUNG TENGAH BETONG ADAKAN PROGRAM SUKANEKA.

Acara Sukaneka..

BETONG 09 Mei 2010 (Ahad). Pusat Jahitan Kemas Kampung Tengah Betong telah mengadakan program Sukaneka peringkat Kampung Melayu Betong. Sukaneka yang diadakan telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Betong adalah merupakan satu daripada aktiviti yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa pusat jahitan berkenaan.



Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan antaranya Kategori Kanak-kanak 7 – 8 tahun, menyenaraikan acara Membawa Bola Ping Pong Menggunakan Sudu yang telah dimenangi adik Nuramirah di tempat kedua adik Awang Yuhazril dan ketiga Nurathirah. Acara kedua Meniup Belon Sampai Pecah yang telah dimenangi oleh adik Nuramirah. Tempat kedua adik Hafizul dan ketiga adik Awang Yuhazril.



Kategori Kanak-kanak berumur 9 – 10 tahun acara yang dipertandingkan ialah Mengisi Air. Dalam Botol Menggunakan Span yang telah dimenangi oleh adik Aiza Nazura . Kedua adik Nursabrina dan ketiga adik Mazlan. Acara seterusnya pula ialah Lari 100 meter yang telah dimenangi oleh adik Adib Afiq. Tempat kedua adik Norsyazwan dan ketiga adik Siti Nursalasiah.



Kategori Senior pula mempertandingkan acara Bawa Air Dalam Gelas Atas Kepala dimana Pn. Rogayah Amin memenangi acara berkenaan. Menduduki tempat kedua pula Pn Saerah Unji dan Ketiga Pn Rina Endang. Acara Meniup Gula-gula Dalam Tepung telah dimenangi oleh Pn Hajijah bt Sait. Kedua Pn Saerah Unji dan ketiga Pn Rafidah Abdul Rahman.



Selain itu acara Pancing Botol turut dipertandingkan dimana Pn Rafidah Abdul Rahman telah menjuarai. Ditempat kedua pula Pn Saerah Unji dan ketiga Pn Asha. Bagi acara Menyepak Bola Paling Jauh telah dimenangi oleh Pn Asha. Kedua Pn Rina Endang dan ketiga Pn Rowin.



Kategori Veteran menyenaraikan acara Mengisi Air Dalam Botol Menggunakan Span yang telah dimenangi oleh Dyg Missiah Awg Wilie. Kedua Dyg Rajemah Abg Abdul Karim manakala ketiga Dyg Rasidah Abg Amin. Acara Menyepak Bola Paling Jauh telah dimenangi oleh Pn Sabtuyah Hj Hussin di tempat kedua pula Dyg Missiah Awg Willie dan ketiga Dyg Rasidah Abg Amin.



Seterusnya acara Membuat Kerubong Celorot. Acara ini telah dimenangi oleh Pn Jauyah. Kedua Pn Fatimah Abdullah. Ketiga Pn Ebek Sait. Acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu. Acara ini pula melihat Pn Jauyah pertama. Kedua Pn Fatimah Abdullah manakala ketiga Pn Ebek Sait.



Kategori ini menyenaraikan acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu yang telah dimenangi oleh Pn Jauyah. Kedua Pn Sabtuyah Hj Hussin dan ketiga Rogayah Abang.



Bagi kategori Berkumpulan, acara Menyusun batu Bata dimana kumpulan Houzen telah menjuarai acara berkenaan di tempat kedua kumpulan Harimau Berantai dan ketiga 3N2. Bagi acara Menarik kawan Menggunakan Guni pula kedudukan pertama kumpulan Skaloi. Kedua Houzen dan ketiga 3N2.



Selain itu acara Berjalan Menggunakan Selipar Gergasi dimana kumpulan Cok Ajak. Kedua kumpulan Liga Ligo dan ketiga Jebon.



Acara Lari Berganti-ganti menyaksi kumpulan Liga Ligo menjuarai Acara berkenaan. Kedua Houzen dan ketiga Skaloi. Acara terakhir disenarai pula ialah acara Tarik Tali yang telah dimenangi oleh Kumpulah Houzen Kedua pasukan Harimau Berantai dan ketiga Cok Ajak.



Terdahulu sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dalam sukaneka tersebut yang terdiri dari pada penduduk kampung melayu Betong.
Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Encik David anak Bunsu Penyelia di Pejabat Kemas Daerah Betong. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Penghulu Kampung Melayu Betong Tuan Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit dan Ketua Kampung, Kampung Hilir Betong Encik Segara bin Dukari.



Mereka juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebelum majlis berakhir.

 
Acara tarik Tali
 
 
 

VIP majlis penutupan rasmi..

SEBAGAI KENANGAN.....Pengerusi Pusat Jahitan Pn. Noorizan menyampaikan cenderamata kepada En. David

Tiada ulasan:

Catat Ulasan