01 Mei 2010

PROGRAM SENAMROBIK KOMUNITI HUJUNG MINGGU BAHAGIAN BETONG 2010


Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan




Betong,  01 Mei 2010. Dengan tema Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan bersatu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan program Senamrobik untuk komuniti. Program yang dirangka adalah sebahagian aktiviti Jabatan Belia dan Sukan.
Komuniti di Kampung Melayu Betong juga tidak ketinggalan dalam perencanaan aktiviti berkenaan. Program yang ditetapkan diadakan pada hujung minggu mendapat sambutan dikalangan penduduk kampung dimana aktiviti berkenaan telah diadakan di Gelanggang Sukan Kampung Hilir Betong. Dianggarkan seramai 50 orang penduduk telah hadir sama menyertai aktiviti berkenaan.
Wakil pihak penganjur Encik Mohd Fitri bin Mansor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang turut hadir dalam program berkenaan menjelaskan bahawa program berkenaan adalah program yang keempat daripada 60 program yang sama yang akan dilangsungkan sepanjang tahun 2010 ini di Bahagian Betong.
Mohd Fitri juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang sama-sama hadir menyertai aktiviti berkenaan. Beliau juga mengakui perancangan yang singkat dan kurangnya publisiti dikalangan penduduk kampung menjejaskan kehadiran peserta pada kali ini dan berharap untuk program yang akan datang lebih ramai peserta yang menyertai.
Beliau juga sempat menyebut tentang gelanggang sukan berkenaan yang masih belum diserah sepenuhnya untuk kegunaan rasmi dan masih dalam fasa akhir penilaian oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan.


Encik Abang Ahmad bin Abang Shubeli telah dilantik oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Betong sebagai pengendali program berkenaan. Beliau adalah merupakan salah seorang daripada fasilitator senamrobik yang memiliki sijil di peringkat kebangsaan.
Aktiviti Senaman yang dirancang selama satu jam bermula jam 7.30 telah berakhir sekitar jam 8.30 pagi. Tahniah kepada pihak penganjur dan kepada semua peserta syabas kerana anda telah melakukan yang terbaik.


Sebahagian peserta senaman....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan