09 Mei 2010

BANDAR BETONG TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK

Pihak SESCO sibuk menjalankan kerja-kerja pembaikan...


Betong, 09 Mei 2010. Dalam usaha pihak Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO) untuk meningkatkan mutu penjanaan kuasa elektrik dikawasan Betong, pada 09 Mei 2010 hampir keseluruhan kawasan di Bandar Betong yang merangkumi kawasan pasar, Kampung Melayu Betong dan kawasan sekitar bandar Betong telah mengalami ketiadaan bekalan elektrik ini berikutan dengan pihak SESCO dalam rangka memasang kabel dan meniktaraf ‘Transformer’ di kawasan terbabit.



Menurut pihak SESCO yang dihubungi, gangguan yang bermula dari jam 8.30 pagi akan berlarutan hingga ke jam 5.00 petang. Maklumat yang diberikan bahawa pihak mereka ada memaklumkan di sebahagian kawasan yang sempat mereka beritahu dan maklumat berkaitan turut disiarkan didalam akhbar.



** makluman terperinci seperti dalam akhbar Mingguan Sarawak pada mukasurat 2 ruangan Berita Perdana bertarikh 09 Mei 2010. Akhbar yang lain berkemungkinan ada menyiarkan makluman yang sama.



Hakikatnya mungkin penduduk di kawasan yang mengalami ketiadaan bekalan merasa kurang senang dengan situasi tersebut apalagi pada hujung minggu. Masa untuk segelintir penduduk untuk berehat namun ia bukanlah alasan untuk melihat kelemahan pihak tertentu.



Dalam perkara sebegini pihak terlibat seharusnya memahami usaha kerajaan yang mahukan keselesaan penduduk kawasan tersebut dengan menambahbaik sumber penjanaan kuasa demi kepentingan bersama pada masa-masa akan datang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang remeh, rakyat harus faham usaha murni kerajaan adalah untuk kepuasan semua.



CAPTION: tanggungjawab harus dilaksanakan walaupun terpaksa memanjat tiang yang tinggi



Saya juga berkesempatan untuk melihat pihak SESCO menjalankan kerja-kerja penambahbaikan berkenaan. Walaupun dalam cuaca yang tidak menentu namun mereka tetap meneruskan tanggungjawab demi rakyat dan masyarakat setempat yang memerlukan sesuatu yang terbaik.



Terima kasih kerajaan…!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan