06 Mei 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSS NEGERI SARAWAK TAHUN 2010

Pemain yang terpilih mewakili negeri Sarawak


BETONG, 06 MEI 2010. Sekali lagi Bahagian Betong bergema dengan sorakan peserta dan peminat-peminat Sepak Takraw dimana pada tahun ini MSS Bahagian Betong telah diberi penghormatan untuk menganjur kejohanan berkenaan. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari bermula 04 sehingga 06 Mei 2010.

Kejohanan yang menyaksikan beberapa kategori dipertandingkan. Bagi kategori 18Tahun Kebawah dan 15 Tahun Kebawah, perlawanan telah diadakan di Stadium Mini Betong manakala kategori 12 Tahun Kebawah telah dilangsungkan di SM Vokasional Betong.

Bagi Kategori 18 Tahun Kebawah dan 12 Tahun Kebawah, 2 acara telah dipertandingkan. Acara Berpasukan dan regu. Kategori 15 Tahun Kebawah pula hanya acara regu dipertandingkan.


Johan ...Regu 18TKB MSS Samarahan 


Kedua.... regu 18TKB MSS Miri


Kategori 18 Tahun Kebawah.
Berpasukan

Kategori 18 Tahun Kebawah Berpasukan telah dimenangi oleh pasukan MSS Bahagian Samarahan yang telah menewaskan MSS Bahagian Kuching dalam aksi final dengan mata 2-0. MSS Bahagian Miri yang beraksi dalam perebutan tempat ketiga menentang MSS Bahagian Betong terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah yang juga tewas 2 – 0.

Regu

Untuk acara regu 18TKB pula MSS Bahagian Samarahan telah menewaskan regu MSS Miri dalam perlawanan akhir dengan keputusan 2 - 1.

Tempat ketiga telah dimenangi regu Kuching yang telah menewaskan regu Kapit juga dengan mata 2 – 1 pada kejohanan kali ini.

Regu 15TKB MSS Kuching

Regu 15TKB MSS Betong
 

Kategori 15 Tahun Kebawah


Kategori 15TKB hanya acara regu dipertandingkan. Kategori ini telah memperlihatkan kehebatan regu Kuching dimana regu MSS Bahagian Kuching bertarung sesama sendiri dalam aksi perlawanan akhir. Regu Kuching B telah berjaya menumpaskan regu Kuching A dengan mata 2 – 1 pada aksi final kejohanan berkenaan. Regu MSS Miri pula telah menewaskan regu MSS Betong dengan mata 2 – 0 dalam perlawanan perebutan tempat ketiga.

Kategori 12 Tahun Kebawah
Berpasukan

Acara Berpasukan untuk Kategori 12 Tahun Kebawah telah di menangi MSS Bahagian Betong, tempat kedua MSS Bahagian Kuching dan Tempat Ketiga MSS Bahagian Samarahan. Acara yang dipertandingkan dengan sistem liga kerana hanya 5 bahagian sahaja yang menyertai kejohanan kategori berkenaan pada kali ini.

Regu

Untuk acara regu 12TKB regu MSS Kuching telah menumpaskan regu MSS Betong dalam perlawanan akhir dengan mata 2 – 0.

Manakala ditempat ketiga regu MSS Kapit yang telah menewaskan regu MSS Miri juga dengan mata 2 - 1.

Kejohanan kali ini telah disertai sebanyak 6 pasukan untuk kategori 18TKB Berpasukan antaranya MSS Miri, Kuching, Samarahan, Mukah, Kapit dan tuan rumah Betong.



Untuk acara regu 18TKB pula sebanyak 7 regu dimana selain bahagian yang telah tersenarai, MSS Sarikei turut menyertai acara berkenaan walaupun tidak menghantar acara berpasukan.


15TKB regu pula membariskan 2 regu Betong, 2 regu Kuching, 2 regu Mukah masing-masing satu regu bagi Miri dan Samarahan

Untuk kategori 12 TKB Berpasukan, sebanyak 5 pasukan mengambil bahagian antaranya ialah MSS Kuching, Samarahan, Miri, Kapit dan tuan rumah Betong.


Bagi kategori 12TKB regu, sebanyak 6 regu yang bertanding. Selain regu dari pasukan yang sedia ada regu Sarikei juga turut menyertai walaupun tidak mengambil bahagian dalam acara berpasukan.



Stadium Mini tempat kejohanan berlangsung

Lampu yang berfungsi hanya beberapa biji sahaja



Kecacatan kejohanan


Kejohanan kali ini sedikit tercemar dengan ketiadaan lampu limpah di stadium mini tempat kejohanan berlangsung. Perlawanan akhir 18TKB berpasukan yang menemukan pasukan MSS Samarahan menentang MSS Kuching terpaksa diteruskan dan berlanjutan hingga ke malam walaupun hanya mengharapkan 3 biji lampu yang berfungsi.

Bertarung dalam keadaan hari semakin gelap dan cahaya yang sedikit samar namun ia tidak mematahkan semangat pemain untuk meneruskan perlawanan akhir tersebut. Keadaan ini juga adalah disebabkan jadual untuk perlawanan pada keesokan harinya lebih ketat dan dikhuatiri akan mengganggu persembahan pemain jika ditunda ke keesokan harinya.

Kegagalan pihak pengurusan stadium untuk memperbaiki lampu berkenaan sebelum hari pertandingan adalah salah satu punca masalah ini berlaku.


Encik Mahli berucap dalam majlis penangguhan rasmi.
turut kelihatan beberapa orang pengetua yang hadir sama


Penangguhan Rasmi


Ketika berucap dalam majlis penangguhan rasmi kejohanan berkenaan, Encik Mahli bin Rosli Pegawai Pelajaran Daerah Betong merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bahagian yang telah berusaha untuk menghantar wakil bagi kejohanan pada tahun ini.

“Kejohanan kali ini bukan sahaja sekadar untuk penyertaan ke peringkat negeri tetapi kita juga berhasrat untuk menghantar wakil ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Kelantan dan pada kejohanan ini kita akan memilih pemain untuk menggalas cabaran negeri Sarawak, itupun jika pihak Jabatan Pelajaran Negeri sanggup dan dapat menghantar kontijen pada kejohanan itu nanti”. Kata Encik Mahli dalam ucapan beliau.

Beliau juga menyampaikan cenderamata kepada semua kontijen yang mengambil bahagian seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam kejohanan kali ini.


Encik Openg mengumumkan senarai pemain yang terpilih
 
Sebelum majlis berakhir Pengerusi Teknik Sepak Takraw Negeri Sarawak Encik Openg bin Bujang Sum telah mengumumkan senarai pemain yang terpilih menerajui kontijen Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 07 hingga 12 Jun 2010 di negeri Kelantan.


Kejohanan yang bermula pada 04 Mei 2010 telah berakhir dengan jayanya pada 06 Mei 2010 walaupun ada kekurangan namun berkat kerjasama semua pihak ianya dapat diatasi dengan sempurna.

Tahniah MSS Bahagian Betong…!!



Aksi-aksi kejohanan

2 ulasan:

  1. walaupun ada sedikit kecacatan pada kejohanan sepak takraw pada tahun ini, semangat pada para pemain tidak ada pun mepertikaikan masalah yang di hadapi pengelola pada tahun ini iaitu BETONG. walaupun bahagian yang lain menjadi juara,bagi saya amat berpuas hati dan bersyukur kerana pasukan dari BETONG dapat meraih tempat yang ketiga dalam kejohanan sepak takraw mss sarawak ini tadi....thank you.. abang azlan shah.

    BalasPadam
  2. kitk kawan lenerd ka?hee

    BalasPadam