12 Mei 2010

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BETONG ANJUR BENGKEL LATIHAN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) 2010


JELAS DAN BERSEMANGAT... Encik Yusof Anthony Ross mengendali Bengkel dengan berkesan


Betong, 12 Mei 2010 (Rabu). Bagi memantapkan lagi pengurusan sistem maklumat untuk prasekolah di Daerah Betong, Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Betong telah menganjurkan Bengkel Latihan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) 2010.

Bengkel yang diadakan selama satu hari itu pada 12 Mei 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Betong bertujuan untuk mengetengahkan kepada guru-guru prasekolah Sekolah Rendah di Daeran Betong berkaitan Sistem maklumat berkenaan. Ia juga merujuk kepada saranan Jabatan Pelajaran Negeri yang mahukan maklumat tersebut disampaikan terus kepada pihak sekolah dan data yang lengkap haruslah dipenuhi dalam sistem tersebut.

“Guru prasekolah diminta untuk membawa semua maklumat tentang sekolah, data guru, data Pembantu Pengurusan Murid dan data pelajar yang terperinci bagi mengisi maklumat yang diisi secara ‘online’”. Ujar Encik Yusof Anthony selaku pengendali Bengkel berkenaan.

“Sistem berkenaan adalah secara ‘Online’ dan semua data perlu di lengkapisi dalam sistem yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran melalui alamat yang diberikan. Guru-guru diberi tanggungjawab untuk mengisi data mereka sendiri bagi memberi ruang kepada mereka mengetahui sistem berkenaan. Pihak kami juga berharap maklumat berkenaan adalah data yang tepat dari sekolah. Itulah sebabnya kita menjemput semua guru mengendali sendiri maklumat berkenaan. Pihak jabatan telah mengarahkan kami untuk meminta guru-guru hadir bagi mengemaskini data sekolah masing-masing kerana guru semua lebih mengenali pelajar mereka ”. Tambah beliau.

Encik Yusof Anthony bin Ross merupakan Penolong Penyelia Unit Pengurusan Sekolah di Pejabat Pelajaran Daerah Betong. Beliau dibantu oleh Encik Abang Kamaludin bin Abang Ahmad juga merupakan pegawai yang mengendali Unit Prasekolah di Pejabat Pelajaran Daerah Saratok dan Puan Jaiton bt Mohd Ali seorang guru Prasekolah di SK Abang Abdul Kadir Betong dijemput sama untuk mengendalikan bengkel berkenaan. Mereka telah menghadiri Kursus Sistem berkenaan sebelum ini yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel ini juga diharapkan dapat memberi ruang kepada guru-guru mengemaskini setiap data prasekolah di sekolah masing-masing. Dan membawa hasil kerja untuk dipraktikkan apabila diperlukan selepas ini kelak. Pejabat pelajaran juga berharap pengurusan di peringkat Kementerian berjalan seperti yang diperlukan dan data yang telah dikemaskini tidak akan timbul sebarang masalah di peringkat itu nanti.






KUSYUK.. guru-guru memberi perhatian yang sepenuhnya


Kehadiran yang memberangsangkan oleh guru-guru dan menerima penerangan yang diberikan oleh fasilitator menggambarkan suatu yang positif diberikan oleh mereka menyebabkan bengkel berjalan dengan lancar. Mungkin juga semangat hari guru yang telah memberikan mereka inspirasi untuk berusaha menjayakan bengkel tersebut dengan sebaiknya. Dan diharap hasil yang cemerlang dapat diberikan demi merealisasikan hasrat jabatan yang mahukan sesuatu yang terbaik dapat dihasilkan.

Sehingga awal tahun 2010 sebanyak 47 buah sekolah dibawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Betong dan 46 buah sekolah daripadanya telah diwujudkan kelas prasekolah. Daripada jumlah itu sebanyak 55 buah kelas prasekolah sedia ada telah dibuka.

Walaupun begitu dalam usaha kerajaan meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, pertambahan kelas prasekolah terus diwujudkan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), Daerah Betong juga tidak ketinggalan dalam usaha itu bila 2 buah kelas lagi akan dibuka daripada sekolah yang sedia ada untuk diwujudkan dalam program tersebut yang telah dirancang pembukaannya pada bulan Jun 2010 nanti.


Penilaian dan penelitian dari hasil pembelajaran kelas prasekolah di Daerah Betong juga jelas berhasil apabila pada tahun 2009, Prasekolah Daerah Betong telah berjaya menjuarai 5 daripada 6 pertandingan sempena Karnival Prasekolah peringkat Zon 2(Daerah Sarikei, Maradong, Julau, Sri Aman Lubok Antu, Saratok dan Betong) yang dilangsungkan di Bahagian Sarikei. Walaupun begitu, hasrat untuk kepertandingan peringkat Negeri yang telah dijadualkan diadakan di Bahagian Bintulu terpaksa dilupakan kerana beberapa masalah di peringkat Jabatan. Namun begitu, kejayaan ini lebih memberi semangat untuk pengurusan yang lebih efektif pada tahun-tahun seterusnya. Dan usaha ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.


BERSEMANGAT... mengemaskini data mereka





1 ulasan:

  1. ...TAHNIAH..buat cikgu sigat ak sang...beliau memang layak mendapat anugerah tersebut...beliau memang seorang guru yg berdedikasi....from ex-student-90-94..013-2823957-ina let-betong-

    BalasPadam