19 September 2010

MENGERATKAN PERPADUAN MELALUI SAMBUTAN PERAYAAN

Jabu menghadiri majlis MRTAF 2010 kampung melayu Betong


Majlis penyampaian Insentif Galakan pelajar cemerlang



Jabu menyampaikan Insentif kepada pelajar cemerlang pada majlis tersebut

BETONG. (Sabtu). Jawatankuasa majlis Ramah Tamah Aidilfirti 2010 Kampung Melayu Betong telah menganjurkan majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di Dewan Panglima Rentap Betong baru-baru ini.

Majlis yang telah mendapat perhatian dan sumbangan daripada kedua-dua Yang Berhormat ADUN dan Parlimen dikawasan berkenaan sebanyak RM5,000.00 setiap seorang daripada mereka telah dilangsungkan dengan cukup meriah dengan dihadiri sekitar 1500 penduduk di 6 buah kampung Melayu di Betong.

Program yang dianjurkan merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi penduduk Kampung Melayu Betong bertujuan menggalakkan penduduk kampung untuk bekerjasama dan mengeratkan perpaduan dikalangan 6 buah kampung Melayu di situ.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang. Pada majlis berkenaan beliau turut menyampaikan Insentif Galakan untuk 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun 2009 peringkat kampung Melayu Betong. Jumlah sumbangan tersebut mencapai nilai RM 2,290.00

Terdahulu beliau telah berkesempatan menjemput semua penduduk kampung melayu Betong untuk hadir ke Majlis Ramah Tamah Bahagian Betong yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong pada 29 September 2010 nanti dan akan dirasmikan oleh YAB Penih Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud Ketua Menteri Sarawak.

Jabu juga memberitahu bahawa pada majlis itu nanti YAB Ketua Menteri akan melancarkan Buku Pictorial Betong dimana buku berkenaan merupakan paparan sejarah Bahagian Betong dan kejayaan yang telah dicapai sejak 47 tahun bergabung membentuk Malaysia yang merangkumi seluruh bahagian Betong dan Saratok.

Dianggarkan kira-kira 3000 penduduk Betong akan menghadiri majlis itu nanti yang turut melibatkan kampung-kampung, jabatan-jabatan, pertubuhan dan persatuan diseluruh bahagian Betong.

Beliau juga telah menjawab beberapa permohonan penduduk kampung Melayu di Betong yang mengaitkan tentang kawasan 118 lot tapak kampung Melayu Betong yang masih belum dibahagikan kepada penduduk kampung adalah khas untuk penduduk Kampung Melayu Betong.

Jabu menjelaskan kelewatan penyerahan adalah berhubung kait dengan projek raksaksa yang dirancangkan di Betong melibatkan kawasan berkenaan yang mana kajian menyeluruh telah diajukan kepada kerajaan pusat bagi membina pembentung untuk mengelak banjir di Betong. Perancangan tersebut dijangka akan dibina dalam RMK-10 nanti.

Jabu yang mewakili YAB Ketua Menteri menghadiri Majlis Hari Malaysia di Negeri Sabah pada 16 September yang lalu juga berkesempatan menandatangani satu memorandum yang mengatakan bahawa 16 September setiap tahun telah diberi taraf hari pelepasan Awam untuk Rakyat Malaysia.

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah YB Dato Sri Douglas Uggah anak Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia merangkap Ahli Parlimen Betong, Dato Romie Sigan Daniel Residen Bahagian Betong, Encik Friday anak Belik Pegawai Daerah Betong, Ketua-ketua jabatan, Ketua Kaum, Pengerusi Persatuan dan agensi-agensi di sekitar Betong.

MALAM MESRA AIDILFITRI 2010 KAMPUNG MASJID BETONG MERIAH






BETONG. (Khamis)Sekitar 400 orang penduduk Kampung Melayu Betong telah mengunjungi perkarangan Gelanggang Permainan Kampung Masjid Betong semasa berlangsungnya Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2010 semalam.

Majlis yang dianjurkan bersama JKKK dan Ranting PBB kampung Masjid Betong merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bersama sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kampung Masjid Betong yang berlangsung dengan cukup meriah dimana ianya turut dirasmikan oleh Penghulu Kampung Melayu Betong Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit.

Berucap dalam majlis berkenaan, Zawawie berpesan kepada semua penduduk kampung agar sentiasa menerapkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam merealisasikan pembangunan dan kemajuan kampung.

Perpaduan akan dapat dikekalkan jika semua penduduk kampung dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kampung yang dirancang bersama. Dan program yang dijalankan adalah hasil daripada percambahan buah fikiran semua anak-anak kampung yang mampu memikirkan idea-idea yang bernas untuk diketengahkan kepada masyarakat umum. Jika ianya berlaku sudah pasti akan dapat memberi faedah yang berguna kepada kemajuan kampung.

Pada masa yang sama pertelingkahan haruslah dielakkan dan jangan menimbulkan kekecohan dengan meracuni pemikiran penduduk kampung dengan menimbulkan isu-isu sensitif kepada umum kerana ianya pasti akan memberikan kesan yang menjurus kepada perpecahan.

Justeru itu, warga kampung juga haruslah bersama meningkatkan perpaduan demi generasi yang akan datang dan kita haruslah mendidik mereka dengan memberi didikan yang sempurna demi masa depan yang lebih terjamin dan bermakna.

Pada majlis itu juga Zawawie merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kampung yang telah bekerjasama semasa kunjungan Yang Berhormat sempena Hari Raya tempohari dan menyampaikan ucapan penghargaan daripada pihak Yang Berhormat di atas layanan yang telah diberikan oleh penduduk kampung serta menyeru kepada semua penduduk kampung agar dapat menfaatkan sepenuhnya wang pemberian bantuan peralatan rumah yang disalurkan oleh pihak kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat semasa kunjungan Hari raya di kampung tersebut.

Berbagai aktiviti turut dijalankan pada majlis tersebut antaranya ialah pertandingan karaoke untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah yang mana adik Siti Norsanasiah bt Mohd Aderus telah menjuarai pertandingan tersebut manakala adik Dayang Melisa dan Adik Noshafiq bin Jamari masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Pertandingan Bertandak turut diadakan dan dua kategori dipertandingka. Kategori kanak-kanak pasangan Adik beradik Adeel Nazhim bin ismail dan Ayu Najiha bt Ismail telah menjadi johan dan tempat kedua pasangan Siti Norsanasiah bt Mohd Aderus dan Norhafiq bin Jamari manakala ketiga pula pasangan adik Dayang Malisa dan Adik Nurul Husna bt Taib.

Untuk Kategori Dewasa pasangan Den bin Mang dan Mohiden bin Amit telah menjuarai pertandingan tersebut. Tempat kedua pasangan Gasi bin Hj Anga dan Morini bin Karim manakala ketiga pasangan Sulong bin Unai dan Morni bin Mat.

Terdahulu aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Prasekolah dan TABIKA juga dijalankan yang mana telah diadakan pada 14 september yang lalu disekolah masing-masing. Bagi kategori Prasekolah adik Luciana Devega ak Riat memenangi pertandingan tersebut dan ditempat kedua adik Nik Mardhiah bt Nik Ab Rahman manakala adik Noormaidatul Akma bt Hassan dt tempat ketiga.

Kategori TABIKA adik Nurliyana Syahirah bt Syaharin menjadi johan manakala adik Mohd Aireel hakimi bin Saleman dan Adik Abang Iman Muazzhim bin Abang Mustapha masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Cabutan tiket bertuah turut dijalankan dimana sebanyak 6 buah hamper menhadi rebutan pada majlis tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri KK Wan Ahmed bin Wan Chee ketua kampung Baru Hulu Betong, KK Segara bin Dukari ketua kampung Hilir Betong, Abdul Rahim Hj Jaini Ketua Ranting PBB Kampung Baru Betong. turut hadir KK Hjh Rasidah bt Hj Julaihi Ketua kampung Masjid Betong dan Abang Suhaili bin Abang Pay Ketua Ranting PBB Kampung Masjid Betong.

Sambutan hari Malaysia yang turut di rancang dalam aturcara program tidak dapat dilancarkan memandangkan program yang dijalankan berakhir awal dan aktiviti tersebut banyak melibatkan kanak-kanak.

JABU MENGADAKAN KUNJUNGAN MESRA RAYA SATU MALAYSIA KE KAMPUNG MELAYU BETONG

BETONG.(13 September 2010).  Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hari raya ke kampung Melayu Betong. Kunjungan tersebut merupakan sesi lawatan rasmi beliau semasa Hari Raya pada tahun ini untuk masyarakat di Betong.

Kunjungan tahun ini Jabu dan rombongan berkesempatan berkunjung ke 7 lokasi di kampung Melayu Betong antaranya ialah Surau Damai Kampung Hilir Betong, Surau Dakwah Kampung Tengah Betong, Gelanggang permainan Ranting PBB Kampung Hilir Betong, Gelanggang permainan JKKK Kampung Masjid Betong, Surau Kampung Melayu Passa Betong, Surau Setia Kampung Baru Hilir Betong dan Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong.

Pada majlis berkenaan juga beliau telah menyampaikan cek bernilai keseluruhan RM 101,100.00 untuk 337 buah rumah penduduk kampung Melayu Betong yang melibatkan sumbangan RM 300.00 sebuah rumah menerusi 6 orang Ketua Kampung yang masing-masing melibatkan 66 buah untuk kampung Hilir, 69 buah Kampung Tengah, 63 buah Kampung Masjid, 16 buah Kampung Melayu Passa, 51 buah Kampung Baru Hilir dan 72 buah Kampung Baru Hulu Betong.

Jabu menerusi majlis berkenaan juga mengumumkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) masing-masing berjumlah RM 5,000.00 kepada JKKK Kampung Hilir , JKKK Kampung Tengah, JKKK Kampung Masjid, JKKK Kampung Melayu Passa, JKKK Kampung Baru Hilir dan JKKK Kampung Baru Hulu Betong. Pengurusan Masjid Jamek Betong juga diberi RM 10,000.00 bagi tujuan yang sama. Ahli Parlimen Betong menerusi wakilnya juga mengumumkan peruntukan bernilai masing-masing RM 5,000.00 kepada JKKK berkenaan.

Selain itu, Jabu juga mengumumkan peruntukan masing-masing RM 15,000.00 untuk menaiktaraf dan membangunkan gelanggang permainan di Kampung Tengah, Kampung Masjid, Kampung Baru Hilir dan Kampung Baru Hulu Betong.

Turut meraikan kunjungan pada lawatan kali ini ialah YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia merangkap Ahli Parlimen Betong, YB Tuan Robert Lawson Chuat anak Entering ADUN N32 Bukit Saban, Datin Sri Empiang Jabu, Dato Romie Sigan Daniel Residen Bahagian Betong, Ketua-ketua jabatan, Ketua Kaum, Pengerusi Persatuan dan agensi-agensi di sekitar Betong.

KREATIVITI RAKYAT MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN - UGGAH

BETONG. (13 September 2010).“Kerajaan tidak akan memberi ikan, tetapi kerajaan akan memberi Jala kerana kerajaan tidak mahu penduduk-penduduk kampung hanya merasa sejenis sahaja ikan untuk dimakan. Inilah salah satu polisi yang diketengahkan oleh pihak kerjaan untuk semua kita berfikir bagaimana hendak menjana pendapatan lumayan dan memperolehi bukan hanya satu sumber sahaja”. Kata Dato Sri Douglas Uggah ketika meraikan majlis kunjungan Mesra Raya bersama Pemimpin di Kampung Masjid Betong semalam.

Uggah yang berkesempatan berucap dalam majlis berkenaan menekankan semangat kerjasama dan perpaduan kaum amat penting dalam menjana kampung. Maklum balas yang positif serta pandangan yang bernas dan bersesuaian dengan pelaksanaan program-program yang diadakan untuk kemajuan kampung haruslah dapat diusahakan. Dalam menempuhi cabaran yang lebih hebat daripada saingan diperingkat global pada masa sekarang.

Menurut Uggah dalam usaha itu sokongan yang padu serta kerjasama daripada semua komuniti daripada berbilang kaum di sini amatlah diperlukan bagi kemajuan negara pada masa-masa yang akan datang.

Majlis yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna Kampung Masjid Betong tersebut, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dimana seramai 150 penduduk kampung turut hadir pada majlis tersebut.

Pada majlis berkenaan beliau juga mengumumkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM 5,000.00 kepada JKKK Kampung Masjid Betong. ADUN N31 Layar menerusi wakilnya juga mengumumkan peruntukan bernilai RM 5,000.00 kepada JKKK berkenaan.

ADUN N31 Layar menerusi wakilnya juga mengumumkan peruntukan RM 15,000.00 untuk menaiktaraf dan membangunkan gelanggang permainan di Kampung Masjid Betong bagi membolehkan anak—anak kampung aktif dalam bidang sukan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 2 jenis sukan di setiap Bahagian.

Beberapa aktiviti juga turut diselitkan pada majlis berkenaan antaranya ialah penyampaian Insentif Galakan Pelajar Cemerlang dimana 6 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun 2009 peringkat Kampung berkenaan.

Penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada Ibu tunggal (4 orang), Bapa Tunggal( 1 orang), Orang Kurang Upaya (OKU)( 7 orang) dan Warga Emas(8 orang) turut disampaikan.

Penyampaian Hadiah kepada pemenang Pertandingan Hiasan Lampu (elektrik) juga turut diadakan dimana Abdul Nasir bin Adamsah telah menjadi johan, Tuan Haji Abang Taha bin Abang Bujang dan Abang Taha bin Abang Spawi yang masing-masing ditempat kedua dan ketiga pertandingan tersebut.

Ketua Ranting PBB Kampung Masjid Betong Abang Suhaili bin Abang Pay juga telah menyampaikan cenderamata kepada ketiga-tiga Yang Berhormat yang hadir bersama dalam kunjungan Mesra Raya pada sesi akhir lawatan tersebut.

Turut meraikan kunjungan pada lawatan kali ini ialah Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap ADUN N31 Layar, YB Tuan Robert Lawson Chuat anak Entering ADUN N32 Bukit Saban, Datin Sri Empiang Jabu, Dato Romie Sigan Daniel Residen Bahagian Betong, Ketua-ketua jabatan, Ketua Kaum, Pengerusi Persatuan dan agensi-agensi di sekitar Betong.

PENDIDIKAN BERKESAN KEARAH PEMBANGUNAN NEGARA YANG SEJAHTERA


BETONG. (13 September 2010).JKKK Kampung Masjid Betong dengan kerjasama Ranting PBB kampung Masjid Betong telah mengadakan majlis Mesra Raya Bersama Pemimpin sempena kunjungan Hari Raya aidilfitri tahun 2010 Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama rombongan ke kampung Melayu Betong. Kunjungan tersebut merupakan sesi lawatan rasmi beliau semasa Hari Raya pada tahun ini untuk masyarakat di Betong semalam.

Majlis yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dimana seramai 150 penduduk kampung turut hadir pada majlis yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna Kampung Masjid Betong tersebut.

Pada majlis berkenaan juga Jabu telah menyampaikan cek bernilai RM 18,900.00 untuk 63 buah rumah penduduk kampung Masjid Betong yang melibatkan sumbangan RM 300.00 sebuah rumah menerusi Ketua Kampung, kampung tersebut.

Jabu menerusi majlis berkenaan juga mengumumkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM 5,000.00 kepada JKKK Kampung Masjid Betong. Ahli Parlimen Betong menerusi wakilnya juga mengumumkan peruntukan bernilai RM 5,000.00 kepada JKKK berkenaan.

Jabu juga mengumumkan peruntukan RM 15,000.00 untuk menaiktaraf dan membangunkan gelanggang permainan di Kampung Masjid Betong bagi membolehkan anak—anak kampung aktif dalam bidang sukan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 2 jenis sukan di setiap Bahagian.

“Usaha tersebut juga merupakan salah satu langkah awal mewujudkan program sukan disetiap daerah selepas ini dan semua kampung digalakkan menyertai setiap bidang sukan yang boleh diketengahkan keperingkat yang lebih tinggi”. Menurut Jabu.

“Pada masa yang sama, kerajaan menerusi Barisan Nasional telah merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Dalam usaha itu kerajaan amat menitik beratkan pendidikan sebagai salah satu langkah bagi mencapai tujuan tersebut dan dalam RMK-10 kami telah memohon dengan kerajaan pusat untuk meluluskan bagi mewujudkan Politeknik di Betong ini untuk kepentingan pendidikan anak-anak kita disini selepas ini”. Tambah Jabu.

“Perancangan yang bertepatan dengan tujuan tersebut, jika dilihat telah dapat dicapai oleh pencapaian Ketua Kampung disini dimana Keys Perfomance Indeks (KPI) menepati bidang yang dituntut dimana beliau telah menyenaraikan 24 orang graduan yang telah dilahirkan di Kampung ini dan saya mahu senarai ini akan terus bertambah dari tahun ke tahun”. Kata Jabu ketika mengulas ucapan alu-aluan Ketua Kampung Masjid Betong KK Hjh Rasidah bt Hj Julaihi yang menekankan pendidikan merupakan salah satu sumber kemajuan kampung tersebut.

Jabu juga turut menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada pemenang dan penerima dalam aktiviti yang turut diadakan pada majlis berkenaan antaranya ialah penyampaian Insentif Galakan Pelajar Cemerlang dimana 6 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun 2009 peringkat Kampung berkenaan.

Penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada Ibu tunggal (4 orang), Bapa Tunggal( 1 orang), Orang Kurang Upaya (OKU)( 7 orang) dan Warga Emas(8 orang) turut disampaikan.

Penyampaian Hadiah kepada pemenang Pertandingan Hiasan Lampu (elektrik) juga turut diadakan dimana Abdul Nasir bin Adamsah telah menjadi johan, Tuan Haji Abang Taha bin Abang Bujang dan Abang Taha bin Abang Spawi yang masing-masing ditempat kedua dan ketiga pertandingan tersebut.

Ketua Ranting PBB Kampung Masjid Betong Abang Suhaili bin Abang Pay juga telah menyampaikan cenderamata kepada ketiga-tiga Yang Berhormat yang hadir bersama dalam kunjungan Mesra Raya pada sesi akhir lawatan tersebut.

Turut meraikan kunjungan pada lawatan kali ini ialah YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia merangkap Ahli Parlimen Betong, YB Tuan Robert Lawson Chuat anak Entering ADUN N32 Bukit Saban, Datin Sri Empiang Jabu, Dato Romie Sigan Daniel Residen Bahagian Betong, Ketua-ketua jabatan, Ketua Kaum, Pengerusi Persatuan dan agensi-agensi di sekitar Betong.

LEMBAGA AMANAH MELAYU BETONG BERI SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.

BETONG(07 September 2010). Lembaga Amanah Melayu Betong (LAMB) mengadakan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada beberapa golongan di Betong semalam.

Majlis yang berlangsung di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong menyaksikan seramai 99 penerima dikalangan golongan Warga Emas (yang berusia 70 tahun dan keatas), Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir dan Kampung Melayu Passa Betong.

Selain sumbangan untuk golongan terbabit, Penggali Kubur dan orang yang memandikan jenazah turut menerima sumbangan daripada Lembaga Amanah Melayu Betong.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban kepada golongan tersebut dalam menguruskan perbelanjaan semasa berlangsungnya hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Bantuan serupa bukan sahaja pada tahun ini malahan tahun-tahun sebelum ini pun kita telah memberi sumbangan serupa kepada golongan-golongan yang memerlukan dan berharap sumbangan ini digunakan dengan sebaiknya bagi mereka menguruskan persiapan hari raya nanti tetapi mungkin sebelum ini majlis yang diadakan tidaklah semeriah kali ini kerana pihak lembaga tidak mahu memperbesarkan majlis kerana ianya diadakan pada masa bulan puasa”. Menurut Tuan Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit, Penghulu Kampung Melayu Betong semasa ucapan alu-aluan beliau.

“setiap tahun kita akan memantau dan mengenal pasti golongan-golongan yang kurang berkemampuan untuk kita berikan sumbangan bukan sahaja sempena hari raya malah kita juga akan menilai dan mempastikan setiap masa mereka dibela dan diberi bantuan. Inilah hasrat kita dan ianya merupakan tanggungjawab pihak Lembaga”.

“Kalau ada dikalangan golongan tersebut tercicir daripada pemberian tersebut tolong maklumkan kepada pihak kita bagi kita memberi sumbangan sekadar yang termampu bagi kita sama-sama merasai nikmat pemberian Nya dan sama-sama memeriahkan suasana Hari Raya nanti”. Tambah beliau.

Majlis yang dilangsung dalam suasana meriah dan cukup memberi makna kepada golongan penerima dan diharap akan dapat dimanfaatkan dengan sebetulnya pemberian tersebut.

Pada majlis tersebut juga Abang Zawawie menyerahkan cek-cek yang telah diserahkan oleh pihak Yang Berhormat sebagai sumbangan untuk melaksanakan aktiviti sambutan aidilfitri di peringkat kampung untuk setiap surau dan masjid sempena kunjungan rombongan mereka pada 12 september 2010 di kampung Melayu Betong nanti.

Setiap surau turut menerima cek sebanyak RM 1,500.00 termasuk kampung Masjid Betong manakala Masjid menerima RM 2,500.00.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Azimin bin Shakir Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Betong.

Turut hadir ialah KK Haji Abang Hussin bin Haji Abang Mahdi, Pengerusi Lembaga Amanah Melayu Betong, Ketua-ketua Kampung, ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Betong serta jemputan khas

SAMBUTAN RAYA KAMPUNG MASJID BETONG SEDERHANA TETAPI CERIA

BETONG (07 September 2010). Suasana sambutan Hari Raya menjadi suram bila aktiviti bertuntung lampu minyak tanah tidak dapat diadakan di Betong. Kemeriahan adat bertuntung lampu minyak tanah yang menjadi amalan dari dahulu lagi terpaksa dilupakan apabila menjelang malam 7 likur hingga beberapa malam seterusnya hujan turun di hampir setiap kawasan di Betong.

Hanya kerdipan lampu neon yang berbagai warna dan corak menghiasi setiap buah rumah di kawasan kampung tersebut dapat menceriakan suasana pada malam tersebut.

JKKK Kampung Masjid Betong dengan Kerjasama Ranting PBB Kampung Masjid Betong telah bersetuju mengadakan pertandingan Hiasan Lampu Elektrik bagi menyerikan suasana malam hari Raya di kampung tersebut.

Dengan adanya pertandingan tersebut semangat Raya dapat dirasakan menjelangnya hari lebaran 1 Syawal yang dinantikan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Ianya juga sebagai satu aktiviti yang dirancang bersama Ranting PBB Kampung Masjid Betong. Semangat satu padu dapat diamalkan bila hampir semua rumah dihiasi dengan kerlipan lampu hiasan bagi mencantikkan malam Raya.

Pihak jawatankuasa telah menilai pertandingan sehari sebelum hari raya dan seterusnya pada malam raya bagi mencari dan memperolehi keputusan yang tepat bagi menilai keceriaan,kreativiti serta beberapa perkara yang perlu dinilai dalam pertandingan tersebut.

Keputusan pertandingan juga telah dinilai pada malam tersebut dan akan diumumkan pada majlis Lawatan Yang Berhormat pada hari Raya Ketiga nanti ke kampung Melayu Betong.

Pertandingan tersebut telah menobatkan Abdul Nasir sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut manakala Tuan Haji Abang Taha Bin Abang Bujang dan Abang Taha bin Abang Spawi masing-masing ditempat kedua dan ketiga pada majlis tersebut.

Selain pertandingan tersebut Ranting PBB Kampung Masjid Betong turut menghias Pintu Gerbang Kampung bagi mencantikkan suasana dan kemeriahan sambutan Syawal tahun ini. Aktiviti tersebut juga merupakan salah satu perancangan PBB dalam sambutan Raya di kampung tersebut.

SUMBANGAN HARI RAYA OLEH LEMBAGA AMANAH MELAYU BETONG

BETONG(05 September 2010). “Kita jangan terlalu percaya khabar angin kerana ia boleh mengundang kepada kehancuran dan perpecahan kaum. Ia juga boleh menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat dan kaum serta boleh merenggangkan persahabatan apalagi dalam kita menguruskan pentadbiran yang melibatkan perpaduan masyarakat dan lebih sensitif berkaitan dengan agama”. Menurut Ustaz Azimin bin Shakir ketika beliau menyampaikan amanat pada majlis penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2010 kepada beberapa golongan di Betong semalam.

Seramai 99 orang penerima dikalangan golongan Warga Emas (yang berusia 70 tahun dan keatas), Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir dan Kampung Melayu Passa Betong pada majlis yang telah dianjurkan oleh Lembaga Amanah Melayu Betong dan dilangsungkan di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong.

Selain sumbangan untuk golongan terbabit, Penggali Kubur dan orang yang memandikan jenazah turut menerima sumbangan daripada Lembaga Amanah Melayu Betong.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban kepada golongan tersebut dalam menguruskan perbelanjaan semasa berlangsungnya hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pada majlis berkenaan beliau turut berkesempatan menerangkan perkara setelah perselisihan pendapat dikalangan pihak Pengurusan Masjid mengenai status pengurusan dan perbezaan urusan antara kedua-dua jawatankuasa apabila pemilihan jawatankuasa Pengurusan Masjid Betong telah dipilih semula dan ditadbir jawatankuasa yang baru pada pemilihan yang lepas.

“Lembaga Amanah dan pengurusan Masjid adalah satu cabang pentadbiran yang berbeza segi pengurusan dimana Lembaga Amanah adalah Jawatankuasa yang dipilih dikalangan penduduk kampung yang dipersetujui dan diurus melalui Jabatan Agama Islam dan diikhtiraf oleh Ketua Menteri dan diwartakan untuk mengurus aset dan harta milik orang-orang melayu di kawasan terbabit. Selain itu fungsi Lembaga Amanah ialah membantu masyarakat Islam dikawasan-kawasan terbabit seperti menyalurkan sumbangan untuk golongan yang memerlukan. Membantu memajukan pendidikan untuk anak-anak masyarakat Islam seperti memberi tuisyen kepada mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh Baitulmal dan Majlis Islam Sarawak”.

Manakala Pengurusan Masjid hanya mengurus harta dan perolehan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Masjid setelah mereka dipilih dikalangan penduduk kampung dan dipersetujui dan disahkan oleh jabatan Agama Islam Sarawak dikawasan terbabit”. Kata Azimin ketika berucap dan memberi penjelasan kepada penduduk kampung pada majlis berkenaan.

Azimin yang merasa bangga setelah diberi kepercayaan oleh Lembaga Amanah untuk menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut juga mengajak penduduk dan masyarakat Islam dikawasan tersebut untuk sama-sama membayar zakat Fitrah dengan kadar bayaran RM 5.20 untuk seorang. Beliau juga meminta kepada golongan yang tidak dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan supaya membayar Fidyah dengan kadar bayaran RM 1.30 sehari kepada amil-amil yang dilantik.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit, Penghulu Kampung Melayu Betong, KK Haji Abang Hussin bin Abang Mahdi, Pengerusi Lembaga Amanah Melayu Betong, Ketua-ketua Kampung serta jemputan-jemputan khas.

Sebelum majlis berakhir semua jemputan dan penerima berkesempatan bersembahyang maghrib berjemaah dan menikmati jamuan berbuka puasa bersama-sama.

SK ABANG ABDUL KADIR BETONG ANJUR MAJLIS KHATAMAL AL-QURAN DAN KHATAM TADARUS j-QAF SEMPENA RAMADAN

BETONG. (02 September 2010). Pendekatan untuk membimbing anak-anak mempelajari Al-Quran merupakan tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai umat Islam. Namun pendekatan tersebut juga merupakan salah satu matapelajaran yang telah diwujudkan diperingkat sekolah rendah lagi oleh hal yang demikian Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong telah merangka satu Majlis Khatamal Al-Quran dan Khatam Tadarus j-QAF semalam.

Bertemakan Al-Quran Menjana Tranformasi mereka telah mengadakan majlis tersebut di Masjid Jamek Betong dengan disertai seramai 17 peserta Khatam dan 85 orang peserta Khatam Tadarus j-QAF murid-murid sekolah berkenaan serta menyelitkan beberapa aktiviti sempena Ramadan al Mubarak.

“Objektif kita mengadakan majlis ini adalah bertujuan untuk melatih murid-murid mempelajari Al-Quran serta mempertingkatkan kemahiran Murid-murid terhadap Al-Quran dengan mensasarkan aktiviti tersebut kepada murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 5 yang mahir membaca Al-Quran”. Menurut Ustaz Kamaruddin bin Mohammad selaku penyelaras program yang juga merupakan guru Pendidikan Islam di sekolah berkenaan.

“Kita menggunakan sistem Tadarus Berkumpulan dan melaksanakan program tersebut dengan cara Talaqqi Musyafaha dimana murid-murid yang menyertai Khatam tersebut membaca Al-Quran secara berhadapan dengan guru”.

“Majlis ini juga merupakan tahun ketiga berturut-turut sekolah kita membuat aktiviti tersebut dimana pada tahun 2008 kita menggunakan khidmat guru-guru KAFA dan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah kami untuk melaksanakan Tadarus Al-Quran sempena Ramadan

Pada tahun 2009 pula kita menggunakan khidmat guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF yang mana pada tahun tersebut kita telah melaksanakan program bersama penduduk kampung di Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong.

Pada tahun ini, kita telah sama-sama membawa guru-guru j-QAF, Pendidikan Islam dan guru KAFA bagi melaksanakan program yang dirancang”. Tambah beliau.

Antara aktiviti yang turut diselit dalam majlis berkenaan ialah penyampaian cenderahati kepada semua peserta Khatam seterusnya penyerahan Sumbangan Wang Untuk Anak-anak Yatim oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong Encik Mahli bin Rosli yang diserahkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan Encik Abang Udai bin Abang Achang sempena majlis tersebut.

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah turut dijalankan di Masjid Jamek Betong sebelum jamuan makan di adakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong pada akhir majlis berkenaan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah jemputan-jemputan khas, ketua-ketua masyarakat dan ibu bapa peserta yang mengambil bahagian.

TABIKA KEMAS KAMPUNG TENGAH BETONG MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE -53

BETONG (31 Ogos 2010). Melentur buluh biarlah dari rebungnya itulah pepatah yang selalu menjadi pegangan dan seringkali menjadi sebutan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna suatu hari nanti.

Ekoran daripada itu, TABIKA Kemas kampung Tengah Betong turut mendidik anak-anak didikan mereka untuk memulakan langkah mengajar mereka menghayati pengertian Hari Kemerdekaan dengan menyusun beberapa aktiviti sebagai pendedahan kepada mereka erti Kemerdekaan dikalangan kanak-kanak seawal 5 dan 6 tahun di Taman Bimbingan tersebut hari ini.

Penyusunan program yang bermula seawal 7.30 pagi yang melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak berusia 6 tahun dan 21 orang kanak-kanak 5 tahun di Taman Bimbingan tersebut dimulakan dengan perhimpunan dan disusuli dengan perarakan sejauh 1.5 km. Yang turut disertai oleh ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.

Walaupun ada dikalangan kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut berpuasa namun itu bukanlah penghalang kepada mereka untuk meneruskan aktiviti tersebut dalam usaha merealisasikan gagasan satu Malaysia Menjana Tranformasi.

Asas-asas didikan agama turut dititik beratkan mereka dalam mendidik kanak-kanak haruslah dipuji walaupun tiada paksaan namun kerjasama ibu bapa kanak-kanak di Taman tersebut bersama guru-guru disitu amat kukuh. Ikatan tersebut serba sedikit telah membuahkan kejayaan Taman tersebut terus maju dan berjaya menghasilkan kanak-kanak yang berkualiti.

Pertandingan mewarna berkonsepkan warna satu Malaysia antara aktiviti yang turut diadakan bagi memenuhi aturcara program pada majlis tersebut. Aktiviti tersebut melibatkan semua kanak-kanak di TABIKA tersebut dimana kanak-kanak 6 tahun mewarna gambar yang berkonsepkan satu malaysia dan 5 tahun pula mewarna logo Satu Malaysia.

Penghayatan Kemerdekaan turut dijalankan sebagai mendedahkan mereka erti kemerdekaan setelah 53 tahun negara kita mencapai Kemerdekaan.

Penghayatan amat bermakna apabila Adik Mohd Haiqal bin Hot mengetuai pembacaan ikrar rukun Negara selain beberapa buah lagu patriotik turut dinyanyikan kesemua kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Ibu dan bapa juga terlibat dalam aktiviti pertandingan melukis wajah Perdana Menteri Malaysia yang mana mereka diminta memilih salah satu wajah pemimpin tersebut bagi penglibatan mereka dalam aktiviti pada majlis tersebut.

Sebelum majlis berakhir, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan pada hari tersebut. Selain hadiah –hadiah yang telah disediakan oleh jawatankuasa program tersebut mereka turut mendapat sumbangan hadiah dan cenderamata daripada Syarikat-syarikat yang aktif dalam memberi sumbangan menjayakan aktiviti-aktivit di Betong antaranya JR Café, Jaini Building Contractor dan Teras Supplies.

Adik Mohd Aireel Hakimi bin Saleman telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 6 tahun manakala adik Dayang Syahida bt Abang Sapuanie memenangi untuk kanak-kanak 5 tahun.

Untuk pertandingan melukis potret perdana Menteri untuk ibu dan bapa pula telah dimenangi oleh Encik Hassan bin Kom, Kedua Encik saleman bin Senin dan ketiga Encik Norizam Mohamad.

Hadiah-hadiah turut disampaikan oleh pengerusi TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong Encik Ismail bin Mohamad yang turut hadir pada majlis berkenaan.

KUNJUNGILAH BAZAR RAMADAN BETONG

BETONG.(18 Ogos 2010). Sebagaimana tempat yang lain, Betong tidak kurang dengan Bazar Ramadan nya. Bertapak di kawasan bersebelahan dengan Terminal Bas Betong, pihak berkuasa tempatan yang menganjurkan Bazar Ramadan tersebut iaitu Majlis Daerah Betong telah menyediakan sebanyak 35 buah gerai yang menyediakan satu meja untuk satu gerai dengan bayaran RM 100.00 untuk tempoh sebulan di tempat jualan tersebut.

Menurut pegawai penguatkuasa Majlis Daerah Betong yang menguruskan tapak Bazaar tersebut, sebelum daripada itu pihak mereka telah menyediakan tempat yang terletak dikawasan Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong tetapi hampir semua peniaga tidak bersetuju untuk mendapatkan gerai disitu kerana kawasan tersebut agak jauh daripada pusat bandar. Kemudian di atas perbincangan dan persetujuan bersama ketua-ketua masyarakat dan peniaga mereka telah menukarkan tapak tersebut disitu.

Seperti tahun-tahun yang lepas, peniaga akan berebut untuk mencari rezeki dengan berbagai jenis juadah disediakan untuk berbuka puasa. Namun persaingan sihat dalam usaha memperolehi rezeki yang halal dan menambah pendapatan untuk persiapan hari raya adalah lebih bermakna bagi kebanyakan peniaga disini.

Pelanggan pula terdiri daripada berbagai kaum dan konsep satu Malaysia yang diserapkan dalam setiap golongan masyarakat disini jelas dilihat. Malahan pelanggan yang terdiri daripada masyarakat Iban dan Cina turut berebut membeli juadah di Bazar Ramadan ini. Bazaar yang dibuka selepas tengahari akan dipenuhi pelanggan ini kerana mereka mudah untuk mendapatkan makanan yang mereka gemari.

Juadah yang disediakan disini pula tidak kurang banyaknya memudahkan pelanggan-pelanggan yang bekerja untuk mendapatkan makanan sebagai juadah untuk berbuka puasa. Berbagai jenis makanan yang dijual disini bukan sahaja dikalangan peniaga tempatan malahan ada juga mereka yang datang dari luar turut mencari rezeki.

Bagi mereka yang belum berkesempatan mengunjungi Bazaar Ramadan Betong silalah datang ke Betong untuk sama-sama merasai juadah disini.

“REZEKI ADA DIMANA-MANA…..” – M.P. RANG

BETONG. Tiada istilah penat ataupun lelah apa yang digambarkan ialah kehidupan yang lebih selesa. Untuk menanggung keluarga dengan titik peluh dan keringat yang mengalir dalam era globalisasi yang semakin mencabar adalah perkara biasa bagi mereka yang tidak makan gaji. Bagi Mohamad B bin Chee atau lebih dikenali dengan nama M.P. Rang bukan sesuatu yang mustahil. Beliau yang berasal dari Kampung Tengah Betong tidak berhasrat untuk merantau ke tempat lain untuk mencari rezeki apalagi hendak meninggalkan kampung halaman. Berbekalkan semangat untuk terus maju beliau telah berjinak-jinak dengan perniagaan. Bermula dengan membantu rakan menjual ikan dan ayam kini beliau sendiri telah menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual daging ayam segar.

Dengan mendapat bekalan daripada pembekal ayam segar daripada Sarikei beliau menjual dengan harga semasa sebagaimana yang telah ditetapkan. Bekalan ayam beliau juga dihantar terus oleh pembekal dan kadang-kadang beliau sendiri pergi mengambil bekalan tersebut di tempat pembekal.

“Harga ayam yang kita jual bergantung kepada harga pasaran yang telah diberikan kepada kami kadang-kadang kami terpaksa menjual dengan harga yang tinggi kerana harga bekalan agak mahal. Disini kami terpaksa menjual harga ayam diantara RM7.50 hingga 8.50 sekilogram itupun bergantung kepada harga pasaran yang kami terima daripada pembekal”. Keluh M.P. Rang.

“Jualan ayam segar juga bergantung kepada permintaan jika pada hari biasa jualan saya dikira purata dalam 60 ekor sehari tetapi pada musim perayaan permintaan yang agak tinggi mencecah kepada 300 ekor itupun bergantung kepada perayaan. Kalau pada hari raya permintaan melebihi jualan saya terpaksa membahagi tempahan kerana pelanggan menempah lebih awal”. Tambah beliau yang menjual ayam di Market Basah Majlis Daerah Betong.

Ketibaan ramadan juga lebih menambahkan lagi rezeki beliau apabila pada sebelah petangnya beliau turut menjual ayam panggang. Dengan harga RM 14.00 seekor ayam yang siap di panggang beliau dapat mencecah jualan sehingga 100 ekor sehari.

Selain ayam panggang beliau juga menjual panggang ikan terubuk, ikan pari dan ikan sardin. Jualan harga ikan berbeza bergantung kepada jenis ikan. Ikan terubuk misalnya dijual dengan harga RM 16.00 hingga RM 18.00 seekor. Ikan pari pula dijual dengan harga RM 6.00 sepotong. Ikan sadin pula dijual dengan harga RM 8.00 hingga RM 10.00 seekor.

Dengan pendapatan yang begitu lumayan beliau telah menggaji beberapa orang rakan sekampung untuk bersama beliau menjual di bazaar Ramadan Betong. Walaupun saingan daripada rakan lain yang turut menjual bahan yang sama, beliau masih mampu memperolehi hasil yang cukup lumayan.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup membantu saya berniaga disini. Kadang-kadang kita tidak cukup tangan melayan pelanggan yang membeli dan menunggu ayam masak dipanggang. Pelanggan kita disini bukan sahaja dari kalangan umat islam yang berpuasa tetapi bangsa lain turut berkunjung dan membeli malahan mereka lebih awal datang untuk membeli makanan”. Kata M.P.Rang yang sibuk melayan pelanggan.

Ketibaan syawal tidak kurang hebatnya apabila beliau telah bersedia untuk mencongak tempahan daripada pelanggan dan saudara mara yang awal-awal sudah menempah ayam segar dan daging lembu. Dalam kesibukan dengan rutin hariannya, beliau tetap terus berusaha selagi ada khudrat untuk memperolehi rezeki yang halal.

KAMPUNG MELAYU BETONG AKAN MENGADAKAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2010



BETONG. (15 Ogos 2010). Penduduk Kampung Melayu Betong akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 pada 18 September 2010 bersamaan 09 Syawal 1431H dan akan dilangsungkan di Dewan Panglima Rentap Betong sebagaimana yang telah dipersetujui apabila Jawatankuasa Majlis Ramah Tamah Kampung Melayu Betong mengadakan mesyuarat bagi membincangkan untuk mengadakan majlis tersebut.

“Kita amat bertuah kerana kita mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sanggup menghulurkan sumbangan untuk kita mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada tahun 2010 ini nanti. Sumbangan sebanyak RM 10,000.00 untuk pengurusan majlis dan RM 5,000.00 untuk Insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun 2009 sebagai galakan kepada mereka dan pelajar-pelajar lain. Sumbangan tersebut telah dimasukkan kedalam akaun Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Betong sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang semasa menghadiri majlis yang sama pada tahun yang lalu”. Kata Tuan Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit Penghulu Kampung Melayu Betong ketika menyampaikan amanat beliau pada mesyuarat Jawatankuasa Majlis Ramah Tamah Kampung Melayu Betong pada hari ini.

Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong, telah dihadiri oleh seramai 25 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Kampung, surau, persatuan dan penduduk-penduduk kampung yang berwibawa dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Majlis yang merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi penduduk Kampung Melayu Betong ini yang kebiasaannya akan menjemput Yang Berhormat pemimpin dikawasan tersebut untuk menjadi tetamu jemputan pada majlis tersebut.

Terdahulu Abang Zawawie yang juga merupakan Pengerusi Majlis berkenaan pada tahun 2009 telah menyerahkan tampuk pengurusan kepada pengerusi yang baru iaitu Encik Kon Spawi bin Yahu yang juga merupakan Pengerusi Pengurusan Masjid Jamek Betong.

Kon telah dipilih dan diberi kepercayaan dan dipersetujui menjadi pengerusi setelah mendapat mandat daripada mesyuarat tersebut apabila Abang Zawawie telah melepaskan jawatan beliau setelah memegang jawatan tersebut selama tempoh 13 tahun. Turut dipersetujui ialah Setiausaha yang masih mengekalkan Encik Senie bin Endin dan Bendahari juga turut mengekalkan Encik Abdul Ropa Mohamad menyandang jawatan itu.

Abang Zawawie yang juga terus dilantik menjadi penasihat pada majlis tersebut. Beliau berpesan dan juga memberi nasihat kepada semua hadirin dan ahli jawatankuasa yang baru supaya sentiasa memberi kerjasama dalam apa jua tugasan yang telah dipertanggungjawabkan dalam merealisasikan perjalanan program sentiasa berjalan dengan lancar dan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas tersebut.

Beliau juga berpendapat kepincangan dalam sesuatu perkara dapat di atasi apabila kita sama-sama mampu mengatasi dengan semangat kerjasama dikalangan ahli dan kesedaran daripada penduduk kampung yang sentiasa berfikiran negatif kepada sesuatu perkara yang berlaku. Beliau juga mengulas kadang-kadang masalah yang dihadapi timbul daripada sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga membabitkan pihak lain. Omong kosong di kedai kopi mungkin akan dianggap benar oleh sesetengah pihak yang berlawanan pendapat dengan pengurusan yang sedia ada.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap ADUN N31 Layar, Yang Berhormat Datuk Douglas Uggah Embas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia juga merangkap ahli Parlimen P.204 Betong serta Yang Berhormat Encik Robert Lawson Chuat anak Entering ADUN N32 Bukit Saban sebagai tetamu Khas.

Turut menyalurkan sumbangan ialah setiap Surau Damai Kampung Hilir Betong, Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong, Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong, Surau Setia Kampung Baru Hilir Betong dan Surau Kampung Melayu Passa menyumbangkan sebanyak RM 500.00 setiap satu dan Masjid turut menyumbangkan RM 1,000.00.

Selain memberi Insentif kepada pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM, berbagai aktiviti lain seperti Nyanyian dan tarian akan turut dipersembahkan sebagai hiburan dalam majlis itu nanti.

Pada majlis itu juga, Abang Zawawie yang juga Setiausaha Lembaga Amanah Melayu Betong telah mengumumkan beberapa perkara iaitu berkenaan dengan pemberian Insentif kepada Warga Emas yang berusia 70 tahun keatas dan tiada menerima wang pencen. Insentif untuk Penggali Kubur. Insentif kepada anak-anak Yatim yang berumur 18 tahun kebawah. Insentif kepada ibu Tunggal yang tidak menerima pencen dan Insentif kepada orang yang memandikan Jenazah. Semua insentif tersebut akan diberikan oleh Lembaga Amanah Melayu Betong sebagai sumbangan kepada mereka yang terbabit.

“ASAS KEAGAMAAN PERLU DIDIDIK SEAWAL TADIKA KEPADA ANAK-ANAK”

“Antara objektif pelaksanaan aktiviti berkenaan ialah mendidik anak-anak untuk mengetahui asas agama. Mendedahkan mereka supaya berani berhadapan dengan orang ramai. Mengajar mereka untuk menghafal dan mempelajari sesuatu dalam usaha memperkukuhkan mereka dengan asas duniawi dan ukhrawi demi melahirkan anak-anak yang celik agama dan Al-Quran”.


BETONG. (07 Ogos 2010) Langkah awal mendidik anak-anak untuk mengenali asas-asas fardhu ain dan fardhu kifayah perlulah dimulakan seawal TADIKA lagi. Disebalik pendidikan asas formal yang lain, kanak-kanak wajib mengenali asas didikan agama yang sewajarnya agar mereka mempunyai asas yang kukuh sebagai umat yang berpegang kepada ajaran agama.

Menjurus kepada pendidikan asas itu, TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong telah mengambil langkah positif dengan meletakkan aktiviti yang melibatkan pendidikan asas agama dalam takwim tahunan TABIKA berkenaan.

Bertempat di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong, TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong dengan kerjasama ahli jawatankuasa PIBG TABIKA berkenaan telah menganjurkan program Hafazan Al-Fatihah dan Surah Lazim kepada kanak-kanak di TABIKA berkenaan hari ini.

Program berkenaan merupakan aktiviti yang telah dirancang pada awal tahun dan turut dipersetujui oleh semua ibubapa kanak-kanak di TABIKA berkenaan dan telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak berusia 6 tahun dan 5 tahun.

Antara objektif pelaksanaan aktiviti berkenaan ialah mendidik anak-anak untuk mengetahui asas agama. Mendedahkan mereka supaya berani berhadapan dengan orang ramai. Mengajar mereka untuk menghafal dan mempelajari sesuatu dalam usaha memperkukuhkan mereka dengan asas duniawi dan ukhrawi demi melahirkan anak-anak yang celik agama dan Al-Quran.

Majlis tersebut turut di sempurnakan perasmiannya oleh Penghulu Tuan Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit Penghulu Kampung Melayu Betong. Berucap dalam majlis berkenaan beliau berpesan kepada semua ibubapa yang hadir agar sentiasa mendidik anak-anak dengan mengutamakan pendidikan mereka. Beliau juga berkata anak-anak merupakan aset kepada ibubapa dan perlulah memelihara akhlak mereka kerana ianya sebagai satu contoh kepada anak-anak. Akhlak yang mulia akan menjadi ikutan kepada anak-anak dalam mendidik mereka menjadi orang yang berguna dan dapat melahirkan cerdik pandai yang akan menjadi pemimpin pada suatu masa kelak.

Pada majlis yang sama, adik Mohd. Najmi Fitri bin Norizam telah dinobatkan sebagai johan. Adik Mohd. Aireel Hakimi ditempat kedua manakala adik Nur Akmal Afiq bin Hassan menduduki tempat ketiga bagi kategori Qari 6 tahun.

Kategori Qariah 6 tahun pula Adik Nur Wani Iwani bt Amran telah menjuarai, adik Syasha Azzahra bt Shamsubaharum ditempat kedua dan adik Nurliyana Syahirah bt Syahrin di tempat ketiga.

Untuk kategori Qari 5 tahun adik Muhd. Nabil Fitri bin Norizam telah merangkul juara, adik Abang Aiman Ikhwan bin Abang Madha ditempat kedua dan adik Aidil Syahmie bin Shamsudin dikedudukan ketiga.

Kategori Qariah 5 tahun pula adik Nur Fatin Syakilla bt Abdullah, adik Nurfazianatul Asmira bt Abdullah Ismail ditempat kedua dan adik Aida Insyirah bt Daniel Sham ditempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta dan pemenang turut disampaikan oleh Penghulu Haji Abang Zawawie bin Rajit.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Cik Norziyanti binti Tenang Penyelia Prasekolah, Pejabat Kemas Daerah Betong, Encik Ismail bin Mohamad Pengerusi TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong, ketua-ketua masyarakat dan jemputan khas serta ibu bapa kanak-kanak TABIKA berkenaan.

Terdahulu, TABIKA Kemas kampung Tengah Betong yang merupakan sebuah TABIKA yang aktif dalam mendidik dan menjayakan berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan Kemas mahupun Jabatan lain yang terlibat dalam usaha memberi pendedahan kepada kanak-kanak sebagai asas mereka bergaul dan belajar di alam persekolahan dan pendidikan formal mereka nanti. Mereka juga mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai aktiviti yang disertai.

Dalam usaha kerajaan untuk memberi pendidikan formal kepada kanak-kanak di usia 5 tahun ke tahun satu pada tahun 2011, TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong terus menerima pendaftaran untuk kemasukan pelajar pada sesi 2011. Biarpun hakikatnya kerajaan mahukan pendidikan awal kepada kanak-kanak pada usia tersebut namun masih ramai ibubapa yang terus mendaftar untuk menghantar anak-anak mereka di kelas TABIKA tersebut.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA JABATAN PENERANGAN DAN PLKN

“Saini juga berpendapat kejayaan sesuatu program itu bergantung dengan kerjasama dan penglibatan bersama penduduk yang terlibat dan bukan hanya mengharapkan orang lain untuk mengurus setiap program yang dirancang. Usaha murni dan semangat kerjasama adalah tunjang utama kearah itu”.



BETONG. Jabatan Penerangan Bahagian Betong dan Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong dengan Kerjasama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menganjurkan “Program Khidmat Masyarakat Jabatan Penerangan Bersama PLKN Bukit Saban Betong” hari ini.

Program yang diadakan serentak diseluruh negara untuk semua kawasan yang mempunyai PLKN turut mengadakan aktiviti gotong royong membersih kawasan dan agensi yang terlibat.

Seramai 199 pelatih PLKN bersama 15 Jurulatih daripada PLKN Bukit Saban Betong telah mengambil bahagian dalam program yang dirancang dan merupakan salah satu program yang telah diselit dalam takwim agensi berkenaan.

Menurut Encik Saini bin Bojeng Pengarah Penerangan Bahagian Betong/Sri Aman, program yang diadakan ini ialah yang kedua untuk kawasan Betong ini dimana tahun lalu program yang sama turut diadakan di Daerah Spaoh dan telah mendapat kerjasama daripada penduduk kawasan terlibat.

Beliau yang hadir sama dalam program berkenaan turut berucap dan amat mengalu-alukan kerjasama penduduk kawasan yang terlibat bagi pendedahan kepada pelatih-pelatih PLKN yang turut sama menjayakan program berkenaan.

Beliau turut menjelaskan Program yang dianjurkan bertujuan mengeratkan lagi perpaduan dan merapatkan hubungan Pelatih PLKN dengan penduduk kampung selain itu memberi ruang kepada mereka melihat persekitaran dan mengenali kawasan yang terlibat dalam usaha mendidik mereka dengan semangat kerjasama.

Saini juga berpendapat kejayaan sesuatu program itu bergantung dengan kerjasama dan penglibatan bersama penduduk yang terlibat dan bukan hanya mengharapkan orang lain untuk mengurus setiap program yang dirancang. Usaha murni dan semangat kerjasama adalah tunjang utama kearah itu.

Kawasan yang terlibat dengan aktiviti berkenaan ialah Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir, Kampung Melayu Passa dan Ibu Pejabat Polis Betong.

Selain itu, dua lagi aktiviti yang telah dirancang Jabatan Penerangan bersama PLKN ialah Lawatan yang turut melibatkan kawasan Daerah Pusa dan Ceramah Satu Malaysia dimana akan diadakan serentak diseluruh Negara.

Turut hadir menjayakan program berkenaan ialah Penghulu Kampung Melayu Betong Tuan Haji Abang Zawawie Rajit, Ketua-ketua Kampung, ahli jawatankuasa Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong serta penduduk-penduduk di kawasan terlibat.

07 September 2010

40 PESAKIT HOSPITAL BETONG TERIMA SUMBANGAN HAMPER HARI RAYA DARIPADA PERSATUAN WARGA TUA(PPWT) BETONG

UNTUK ALBUM.. Ahli rombongan PPWT bergambar bersama staf hospital sebelum menyerahkan hamper kepada pesakit.


TERIMA KASIH.. Zawawie(baju putih) menyerahkan hamper kepada Ridwan sempena program tersebut


Zawawie menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit yang juga merupakan ahli PPWT


Sumbangan ikhlas dari kami.. Zawawie


Wan Ahmed turut menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit disitu.



BETONG(Selasa). Seramai 40 orang pesakit di Hospital Betong telah menerima sumbangan berbentuk Hamper daripada Persatuan Warga Tua Betong (PPWT) apabila persatuan tersebut mengadakan program kemasyarakatan hari ini .

Program yang dirangka khas dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong merupakan program sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Ini adalah keperihatinan persatuan terbabit sebagai memperingati akan masa-masa senang dan susah dalam usia yang semakin lanjut oleh persatuan berkenaan selepas ini.

Pesatuan Warga Tua Betong yang ditubuhkan pada tahun 2000 kini dalam usaha menambahkan bilangan ahli mereka yang kini menjangkau 150 orang telah bergerak aktif mengajak masyarakat tempatan untuk menjadi ahli mereka yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa.

Pada masa sekarang ahli persatuan tersebut adalah dikalangan kaum Melayu, Iban dan Cina yang berusia 60 tahun keatas dan berdaftar.

Menurut pengerusi persatuan berkenaan yang juga pengerusi persatuan pesara Tuan Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit, persatuan yang mendapat kerjasama yang padu daripada Jabatan kebajikan Masyarakat tersebut telah berusaha memohon bangunan sendiri untuk mereka bergerak lebih aktif lagi selepas ini dengan memohon berek yang tidak digunakan lagi kepada pihak berkuasa tempatan.

Haji Zawawie juga memohon kepada pihak hospital Betong khas nya dan Kementerian Kesihatan amnya, satu keistimewaan serta layanan terbaik kepada pemegang kad warga tua yang mendapatkan rawatan dihospital tersebut dan mempromosikan persatuan tersebut kepada warga tua yang lain yang belum mendaftar menjadi ahli supaya segera berbuat demikian sebagai langkah untuk mendapat hak tersebut.

Pada majlis yang sama, Encik Ridwan bin Salman yang mewakili Pengarah Hospital berkenaan turut mengalu-alukan kedatangan dan sumbangan yang diberikan.

Ridwan juga menerangkan beberapa kekurangan yang dihadapi oleh pihak Hospital berkenaan dalam usaha menambah baik pengurusan hospital tersebut. Antaranya, beliau memberitahu bahawa Lembaga Pelawat Hospital Betong yang tidak lagi aktif sejak tahun 2000 dan setiap tahun telah mengajukan permohonan kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan kelulusan.

Selain itu Ridwan juga menjelaskan kekurangan Doktor merupakan masalah utama di hospital berkenaan. Hospital tersebut sekarang hanya ada 2 orang Doktor tempatan dan 2 orang lagi Doktor asing.

Beliau juga memohon bantuan daripada Persatuan-persatuan dan orang perseorangan yang ada diBetong ini agar sama-sama dapat membantu menyuarakan kekurangan yang ada agar dapat diperbaiki dan diberi penambahbaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan selepas ini.

Program yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Jabatan Masyarakat Betong, KK Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Kampung Baru Hulu Betong, KK Hjh Rasidah bt Hj Julaihi, Ketua Kampung Masjid Betong, David Biju Setiausaha PPWT, Edward Augustine Langi Setiausaha Pesatuan Pesara serta ahli yang lain berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada semua pesakit-pesakit yang didaftarkan diwad-wad di hospital berkenaan.