19 September 2010

TABIKA KEMAS KAMPUNG TENGAH BETONG MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE -53

BETONG (31 Ogos 2010). Melentur buluh biarlah dari rebungnya itulah pepatah yang selalu menjadi pegangan dan seringkali menjadi sebutan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna suatu hari nanti.

Ekoran daripada itu, TABIKA Kemas kampung Tengah Betong turut mendidik anak-anak didikan mereka untuk memulakan langkah mengajar mereka menghayati pengertian Hari Kemerdekaan dengan menyusun beberapa aktiviti sebagai pendedahan kepada mereka erti Kemerdekaan dikalangan kanak-kanak seawal 5 dan 6 tahun di Taman Bimbingan tersebut hari ini.

Penyusunan program yang bermula seawal 7.30 pagi yang melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak berusia 6 tahun dan 21 orang kanak-kanak 5 tahun di Taman Bimbingan tersebut dimulakan dengan perhimpunan dan disusuli dengan perarakan sejauh 1.5 km. Yang turut disertai oleh ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.

Walaupun ada dikalangan kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut berpuasa namun itu bukanlah penghalang kepada mereka untuk meneruskan aktiviti tersebut dalam usaha merealisasikan gagasan satu Malaysia Menjana Tranformasi.

Asas-asas didikan agama turut dititik beratkan mereka dalam mendidik kanak-kanak haruslah dipuji walaupun tiada paksaan namun kerjasama ibu bapa kanak-kanak di Taman tersebut bersama guru-guru disitu amat kukuh. Ikatan tersebut serba sedikit telah membuahkan kejayaan Taman tersebut terus maju dan berjaya menghasilkan kanak-kanak yang berkualiti.

Pertandingan mewarna berkonsepkan warna satu Malaysia antara aktiviti yang turut diadakan bagi memenuhi aturcara program pada majlis tersebut. Aktiviti tersebut melibatkan semua kanak-kanak di TABIKA tersebut dimana kanak-kanak 6 tahun mewarna gambar yang berkonsepkan satu malaysia dan 5 tahun pula mewarna logo Satu Malaysia.

Penghayatan Kemerdekaan turut dijalankan sebagai mendedahkan mereka erti kemerdekaan setelah 53 tahun negara kita mencapai Kemerdekaan.

Penghayatan amat bermakna apabila Adik Mohd Haiqal bin Hot mengetuai pembacaan ikrar rukun Negara selain beberapa buah lagu patriotik turut dinyanyikan kesemua kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Ibu dan bapa juga terlibat dalam aktiviti pertandingan melukis wajah Perdana Menteri Malaysia yang mana mereka diminta memilih salah satu wajah pemimpin tersebut bagi penglibatan mereka dalam aktiviti pada majlis tersebut.

Sebelum majlis berakhir, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan pada hari tersebut. Selain hadiah –hadiah yang telah disediakan oleh jawatankuasa program tersebut mereka turut mendapat sumbangan hadiah dan cenderamata daripada Syarikat-syarikat yang aktif dalam memberi sumbangan menjayakan aktiviti-aktivit di Betong antaranya JR CafĂ©, Jaini Building Contractor dan Teras Supplies.

Adik Mohd Aireel Hakimi bin Saleman telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 6 tahun manakala adik Dayang Syahida bt Abang Sapuanie memenangi untuk kanak-kanak 5 tahun.

Untuk pertandingan melukis potret perdana Menteri untuk ibu dan bapa pula telah dimenangi oleh Encik Hassan bin Kom, Kedua Encik saleman bin Senin dan ketiga Encik Norizam Mohamad.

Hadiah-hadiah turut disampaikan oleh pengerusi TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong Encik Ismail bin Mohamad yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan